“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
-Sabda Nabi-
Bismillahirrahmaanirrahim
Pertama kali saya menyertai tarbiyah khusus pada tahun 2012 di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Tarbiyah daripada perkataan arab yang bererti pendidikan. Ku sedari ada perkara yang diriku pelajari. Iaitu hadis nabi pada muqaddimah entri ini. Ya. Saya merasa terpanggil akan ayat tersebut. Agak terkesima sewaktu mendengarnya daripada kakak usrah yang menyampaikan. Bukan sedikit umat Islam sengsara di luar sana. Di Palestin, Mesir, Iran, Thailand, Filipina dan lain-lain lagi. Tetapi yang saya ketahui hanya apa? Hiburan leka pada ketika itu cuma. Sungguhpun baru berjinak-jinak dengan tarbiyah ini, ia menjadi titik tolak untuk melihat dunia realiti yang mana, bahagian manakah yang boleh saya sumbangkan untuk Islam? Aljihadi sabiluna.
Berkesinambungan daripada hadis tersebut, hati saya tertarik setelah diperdengarkan lagu dendangan kumpulan nasyid Malaysia, Fetya berjudul Intifadhah Bersinar. Boleh klik pautan di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=ToMuzDFSqTISalam ukhuwahfillah buat semua pembaca Maklumat Berpenghuni. Moga kebaikan menjadi manfaat buat semua.
Saya pelajar KMNS jurusan Sains Modul I 2012/2013
|