Friday, 10 February 2017

Wartawan Ummah

Masih ingat lagi penulisan saya berkenaan penerbit buku DuBook Press (boleh cari di blogspot Pembina UPM). Di atas sifat prihatin buat sahabat-sahabat saya dan seluruh warga Malaysia, saya merasakan bentuk penulisan dan medium penyampaian yang santun lebih mulia untuk membina sebuah peradaban ummah berilmuan dan mendidik peribadi generasi yang elok. 

Teruskan membaca pelbagai jenis bahan bacaan untuk menilai dan mengambil pengajaran untuk berjalan di realiti semasa. Walau bagaimanapun, penulisan dan pembacaan di atas asas kefahaman Islam yang baik itu lebih utama (berdasarkan Al-Qur'an & sunnah). 

Di bawah adalah cadangan penerbit buku pilihan saya. Kredit kepada Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd., Maghfirah Group. ☺

#wu2017
#WartawanUmmah
#ABP2017

Task 3

#AkademiBeliawanisPEMBINA



Thursday, 9 February 2017

3 Cara Berkasih Secara Syarie

Bunga mawar berpuluh duri,
Wanita bermaruah pelihara diri.

Assalamu'alaikum w.b.t
Nama diberi Nazatul Shima Masri
Apakah sinonim pada tanggal 14 Februari?

Ingin saya kongsikan 3 Cara Berkasih Secara Syarie.

Yang pertama, meraikan seisi keluarga dengan pemberian hadiah.
Yang kedua, hubungi insan tersayang, iaitu sahabat wanita persekolahan.
Yang ketiga, menghantar surat kejutan (surprise) buat insan (sahabat atau keluarga) yang jauh di perantauan.

Oleh itu, seharusnya kita berkasih sayang buat semua orang. Bukan pada lelaki bukan mahram yang belum ada ikatan!

Task 2

#ABP2017
#AkademiBeliawanisPEMBINA

Akademi Beliawanis PEMBINA

ABP ni sebenarnya akademi lanjutan daripada akademi yang saya pernah sertai dulu, iaitu Akademi Tokoh Beliawanis☺. Selamat berakademi beliawanis PEMBINA satu Malaysia!


Santun, Intelek, Beragenda


#ABP2017
#AkademiBeliawanisPEMBINA


Task 1