Monday, 27 March 2017

Day Trip to Kuala Selangor


Program Integrasi Akademik Kursus Pengurusan Zon Pinggir Laut & Kursus Sumber Pinggir Pantai



Trip akademik seharian penuh dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam pada 25 Mac 2017 lalu satu pengalaman yang cukup hebat. Destinasi trip akademik adalah di Kuala Selangor. Mari kita lihat penemuan-penemuan baharu bagi kami yang ingin saya kongsikan sepanjang perjalanan projek kursus kami.

Destinasi di Kuala Selangor:
  1. Bukit Melawati
  2. Muzium Bersejarah Daerah Kuala Selangor
  3.  Taman Alam Kuala Selangor
  4. Pantai Remis
  5. Kampung Kuantan
Tumbuh-tumbuhan:

  1. Tumbuhan renek ‘Air Mata Pengantin’
  2. Kunci Air
  3. Rain Tree
  4. Bemban Tree
  5.  Pohon Beringin
  6. Pokok Bakau
  7. Pokok Berembang


Taman Alam Kuala Selangor
Pemandangan dari Menara Tinjau, Taman Alam Kuala Selangor
   
Muzium Bersejarah Kuala Selangor
Hidupan di pinggir pantai dan laut:

Lebih 10 spesis ikan ditemui di pasar awam menghadap Pantai Remis, iaitu Ikan Bagok, Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Lumi-Lumi, Ikan Puput, Ikan Sardin, Ikan Pari, Ikan Selar, Ikan Tenggiri, Ikan Siakap, Ikan tuna, Ikan Terubok, Ikan Gelama, Ikan Cencaru, dan Ikan Bawal Putih.

Spesis lain yang ditemui ialah Etok, Tijing, Kepah, Kerang, Mentarang, Pepahat, Belangkas, Udang Harimau, Ketam, Udang dan Sotong.

Ketahui bagaimana pesisir pantai tercemar. Pesisir pantai akan tercemar akibat kandungaan kalsium yang terlalu tinggi. Kalsium didapati daripada cengkerang atau kulit-kulit kerang dan siput.
Etok
Tijing
Pepahat

  
Belangkas
Mentarang


  
Ikan Bagok
Ikan Lumi-Lumi



Satu persoalan menarik. Mengapa air laut yang Allah ciptakan tidak bercampur?

  1. Perbezaan kandungan air
  2. Faktor perbezaan kedalaman (depth) pantai/ laut
  3. Factor of density and salinity of the water


Fenomena ini berlaku di Pantai Remis, Kuala Selangor. Buktinya di dalam Al-Quran: "Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) bertemu. Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing" (QS. Ar-Rahman : 19-20) dan firman lain yang menyebut

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain sangat masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus" (QS. Al-Furqan : 53).

Pantai Remis
Pengunjung di Pantai Remis





Kunjungan ke Sungai Kuala Selangor yang diraikan oleh Kelab Alami Kawa dan sekumpulan remaja memperkenalkan kami kepada habitat hidupan kelip-kelip. 3 spesis kelip-kelip di Kuala Selangor:

  1. Pteroptyx tener
  2. Pteroptyx valida
  3. Pteroptyx malaccae


Kelip-kelip spesis ini kebergantungan hidupnya pada pokok yang bernama Pokok Berembang (terutama spesis P. Tener). Kajian FRIM menunjukkan kemerosotan hidupan kelip-kelip sebanyak 43% disebabkan aktiviti pembukaan/ penerokaan tanah dan sampah sarap. Aktiviti pembukaan tanah tidak dapat dihalang kerana tanah dimiliki oleh individu penduduk sekitar.

Sedikit maklumat berkenaan pokok berembang, pokok ini antara sejenis pokok yang sukar hidup. Semaian pokok berembang daripada biji benih buahnya Sonneratia caseolaris. Buahnya ini berupaya menjadi inisiatif untuk merawat demam, dan dimakan begitu sahaja yang mempunyai rasa masam dan kelat. Ia sukar hidup disebabkan beberapa faktor seperti di bawah:

  •  Usia percambahan- menghadapi ancaman daripada tikus
  •  Usia 3 hingga 4 minggu- ancaman ulat beluncas
  • Usia selepas sebulan- ancaman spider mite dan sebagainya
  • Usia 4 bulan- ancaman ombak air sungai yang menghanyutkan pokok


Alternatif pembiakan pokok berembang selain daripada biji benih adalah menggunakan kaedah keratan batang bagi memastikan pokok berembang kekal hidup.

Keunikan kelip-kelip di Kuala Selangor merupakan spesis kelip-kelip Malaysia yang terpelihara dengan kerjasama Tenaga Nasional berhad (TNB) di sepanjang 400 hingga 500 meter Sungai Kuala Selangor. Ia terletak di Kampung Kuantan 53km dari bandaraya Kuala Lumpur. 4 stages of life:

  1. Egg – female firefly will lays 15-30 eggs
  2. Larva – mengambil masa 15-20 hari untuk membesar untuk menjadi larva. Saiznya sebesar 1 cm akan mendapatkan sumber makanan daripada satu spesis siput yang terdapat pada pokok nipah dan sagu. Tempoh larva ini membesar untuk menjadi pupa ialah selama 2-3 bulan
  3. Pupa – memakan masa 9-12 hari untuk menjadi seekor kelip-kelip dewasa
  4.  Adult – penghasilan lampu kelip-kelip adalah daripada luciferin + ATP + oxygen dengan dibantu oleh enzim luciferase sebagai catalyst. Lifespan kelip-kelip dewasa mampu bertahan 2-3 bulan sahaja menjadikan jumlah keseluruhan kitaran hidup kelip-kelip selama 6 hingga 7 bulan.

Sememangnya projek academic day trip ini sesuatu yang mengujakan dan menjadi pilihan saya untuk membawa keluarga berkunjung ke tempat-tempat ini bagi melihat keajaiban alam ciptaan Allah. Terima kasih yang tidak terhingga dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat penasihat projek, Dr. Mohd Yusoff Ishak dan pengarah projek kami, Soranamlata a/p Govinda Rajo, juga buat keseluruhan ahli jawatankuasa dan rakan sekuliah yang sangat memberi sokongan dan kerjasama terbaik sepanjang perancangan sehingga ke akhir projek. Moga bertemu lagi akan datang, insyaAllah. Wassalam.

Tree Planting Pokok Berembang bersama kelab Alami Kawa
Image result for kelip-kelip di kampung kuantan
Fenomena Kelip-Kelip di Kampung Kuantan

Selesai tinjauan fenomena Kelip-Kelip di Kampung Kuantan bersama Tuan Eddie, ahli aktif Kelab Alami Kawa


Nukilan, 
Nazatul Shima binti Masri     
Penulis bersama haiwan Lotong di puncak Bukit Melawati

4 comments: