Friday, 12 June 2015

EPA Melancarkan Alat Pemetaan Alam Sekitar

Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) telah melancarkan EJSCREEN, alat pemetaan berasaskan web yang akan memberikan masyarakat maklumat alam sekitar dan kesihatan di seluruh Amerika Syarikat.

Alat ini menyediakan peta resolusi tinggi menunjukkan berdasarkan maklumat demografi nasional dan alam sekitar yang direka untuk memastikan pengguna lebih memahami isu-isu alam sekitar di kawasan tertentu. Walaupun EJSCREEN hanya termasuk data pada skala nasional, EPA berkata ia merupakan satu langkah pertama yang penting dalam mengenal pasti dan membantu masyarakat yang menghadapi pencemaran alam sekitar.

Agensi persekutuan akan mendapatkan input awam dan mengemaskini alat interim pada awal 2016.

Saringan maklumat mungkin menarik perhatian penduduk serta pemilik hartanah dan pihak berkepentingan yang lain. EPA berkata, ia juga boleh menyokong pelbagai matlamat penyelidikan dan polisi.

Environmental Mapping Tool a.k.a Alat Pemetaan Alam Sekitar 
Pada pendapat saya, alat pemetaan alam sekitar amatlah bagus sekiranya ia berada di Malaysia. Hal ini kerana, ia membantu mengesan tahap pencemaran di sesuatu kawasan. Selain daripada itu, saya juga menyokong bahawa alat ini membolehkan matlamat penyelidikan dicapai. Walauupun Malaysia tidak mempunyai alat ini kerana kosnya yang mahal. Namun, Malaysia boleh menciptanya sendiri dengan mendapatkan khidmat mahasiswa terpelajar dari pelbagai universiti awam seluruh Malaysia. Masa inilah kita menilai dan menggunakan modal insan yang tersedia di hadapan mata. Saya percaya Malaysia boleh! 


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Surah Ar-Rahman  


Terjemahan daripada: Environmental Leader

Thursday, 11 June 2015

Muqaddimah AAU

Niat yang ikhlas. Generasi salafussoleh amat gemar memulakan penulisan mereka dengan hadis yang pertama ini.

Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'. 
Beramal kerana manusia adalah syirik.
Dan keikhlasan menjadikan Allah menyelamatkan kamu daripada kedua-duanya.

Al-Fudhail Bin Iyadz

Maka, saya amat menyukai kata-kata ini yang terhasil daripada Maktab Irsyad, Mesir. Selamat beramal!  :)

AAU = Adab-Adab Usrah

Sunday, 17 May 2015

Abah

Warkah anakmu buat abah,

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai abahku
Di kejauhan anakmu menyampaikan luahan
Adik di zon tengah, abah di selatan
Sanah helwah adik ucapkan
Genap usia 60 tahun Allah kurniakan
Tanggal 17 Mei detik sejarah dan kisah dilakarkan

Alhamdulillah Allahuakbar Subhanallah
Segala puji bagi Allah
Adik, abang dan kakak masih dikurniakan kesempatan
merasai limpahan kasih sayang dan perlindungan kedua-dua ibu bapa
sedari kami kecil sehingga dewasa
hinggalah saat kami menghirup nafas di muka bumi Allah ini

Dengarilah luahan hati anak kecilmu ini..
Abah,
Di atas rahmat Ilahi
Anakmu yang satu ini menikmati kehidupan tiada berpisah dari awal ku ke dunia
sampailah daku melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia
Jauh beza berbanding kakak dan abang yang pernah berjauhan daripada kalian berdua

Adik sedari,
Abah yang hanya mencari rezeki dengan kemahiran buruh kasar
Tetap adik rasai lazatnya air tangan masakan dan pemberian abah

Walaupun kekadang adik tiada imbuhan mengucap sepatah dua kata,
Di dalam hati tetap adik berbual-bual mengatakan tidak dan ya
Juga merasa bangga dengan tiap ilmu yang abah ungkapkan
Sangat adik kagumi setiap tinta hasil abah nukilkan
Indah bahasanya, cantik tulisannya, hebat ilmu di dadanya

Namun,
adik tidak dapat memanifestasikan tiap bait penghargaan itu melalui fizikal kasih sayang yang dapat diperbuatkan
Hanya perbualan menjadi kebanggan dengan kawan dan teman

Tahukah abah,
setiap kali adik menyebut tentang abah
apa yang abah buat di rumah
adik cukup gembira.
Kerana tiada bapa lain selain abah yang begitu rupanya
Hanya abah seorang sahaja
Percayalah.

Ungkapan adik buat pertama kali ini cuma satu
Mewakili abang dan kakak yang pastinya
Adik amat dan sangat mengharapkan adanya secebis taufiq dan hidayah buat abah
Adik sentiasa berdoa agar suatu hari nanti..
adik diberi kesempatan menemukan abah, abah yang benar-benar abah

Ketahuilah
anakmu dahagakan impian yang satu itu.
Doa diungkap agar abah, emak, abang dan kakak
dikurniakan taufiq dan hidayah Allah
diberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik
diringankan daripada bebanan kerja
diampuni segala dosa dan diterima amalnya
didoakan agar menghembuskan nafas yang terakhir nanti dalam keadaan khusnul khotimah
dalam keadaan iman
berjaya di dunia dan akhirat
sehingga akhirnya kita bertemu di syurgaNYA

Abah
dengarilah suara adik ini.
Ya Allah makbulkan doaku ini.

Catatan daripada Adik buat Abah.