Thursday, 9 February 2017

Akademi Beliawanis PEMBINA

ABP ni sebenarnya akademi lanjutan daripada akademi yang saya pernah sertai dulu, iaitu Akademi Tokoh Beliawanis☺. Selamat berakademi beliawanis PEMBINA satu Malaysia!


Santun, Intelek, Beragenda


#ABP2017
#AkademiBeliawanisPEMBINA


Task 1

Thursday, 25 June 2015

Fairphone: Telefon Pintar Beretika

ETHICAL PHONE: The Fairphone 2 will be available for pre-order this summer for €525. – Fairphone
TELEFON BERETIKA: Fairphone 2 boleh didapati untuk pra pesanan musim panas ini untuk 525 €.

Syarikat Fairphone dari Belanda telah memperkenalkan sebahagiann modular yang baru, iaitu telefon pintar beretika, yang menjamin pengesanan semua komponennya. Ia boleh didapati dengan harga €525 (RM2,221) bermula pada musim panas ini.

4G baru, telefon pintar dua SIM ini menawarkan pelbagai peningkatan berbanding Fairphone yang pertama.

Beroperasi di bawah Android Lollipop (5.1), telefon ini kini dilengkapi dengan paparan penuh  HD5in, Snapdragon 801 platform Qualcomm, kamera 8 MP, 2GB RAM dan 32GB internal storage.

Perbezaan utama dengan telefon pintar mewah lain adalah komposisi modular yang membolehkan untuk pengguna membaikinya dengan lebih mudah terutama pada skrin, kamera, pembesar suara dan mikrofon, dengan itu membolehkan jangka hayat lebih panjang.

Untuk telefon pintar terbarunya, Fairphone kebanyakannya telah menggunakan mineral- bebas konflik, seperti bijih timah dan tantalum[1] dari Congo, yang selama ini memperbaiki program pengumpulan e-sisa[2] di Ghana.

Fairphone adalah koperasi Belanda yang menjuarai perdagangan yang adil dan melangkah jauh untuk menghindari penggunaan bahan-bahan yang dijual daripada kumpulan bersenjata.

Pre-order terawal Fairphone 2 hanya boleh didapati di Eropah untuk €525 (RM2,221), akan bermula sepanjang musim panas.

Dilancarkan pada 2013, Fairphone menetapkan prinsip pembuatan dengan mengambil kira kesan kemudaratan yang paling minima terhadap persekitaran, rantaian bekalan yang mampan untuk mengkomersilkan produk yang adil, satu konsep yang telah memenangi kepercayaan lebih daripada 60,000 orang.

[1] A chemical element with symbol Ta and atomic number 73.
[2] E-Waste also known as electrical and electronic waste. As a party to the Basel Convention and under the Guidelines for the Classification of Used Electrical and Electronic Equipment in Malaysia (2008), the country does not import e-waste, although second-hand electronic equipment may be imported. The country only exports e-waste if recovery facilities that address any deficiencies of local facilities are available overseas, and only after being subject to a case-by-case review system. In Malaysia, e-waste is managed by the private sector (although overseen by the Department of Environment). An auctioning system contracts e-waste management to groups such as Dell, whose Community Collection Programme works with municipal councils in waste collection. -UNEP


Translated by,
Nazatul Shima Masri
Bachelor of Environmental Management
Universiti Putra Malaysia

Terjemahan daripada: The Star Online

Wednesday, 24 June 2015

Krisis Air Di Ranau

RANAU: Sabah sedang berusaha sepanjang masa untuk membuang bertan-tan serpihan, pokok tumbang dan batu yang menyebabkan dua tempat utama pengambilan air di Sungai Liwagu tersumbat.

Halangan itu menyebabkan penutupan loji rawatan air buat sementara waktu di randau, di mana di kawasan tersebut mempunyai kepadatan penduduk seramai 100,000 orang.

Jurutera Jabatan Air Ranau, Anthony Jullah berkata mereka masih menilai keadaan itu dan berharap pembersihan pada salah satu tempat dapat dilakukan dalam usaha mengurangkan krisis air di Daerah Ranau.

Jurutera kerajaan dan kontraktor swasta sedang mengkaji cara yang paling cepat untuk membersihkan ribuan pokok yang tumbang dan batu-batuan di kedua-dua tempat sejak Selasa lalu, 16 Jun.

Tugas ini menjadi lebih mencabar disebabkan cuaca buruk yang melanda mengakibatkan lumpur runtuh di sepanjang lereng gunung beserta arus sungai yang kuat.

"Fokus kami adalah untuk membaik pulih kawasan Kg. Bambagan," kata Anthony.

"Saya tidak boleh memberikan tarikh akhir jangka masa Sungai Liwagu dibersihkan, tetapi kami akan cuba sekurang-kurangnya 60% air terhasil."

"Ia benar-benar bergantung kepada cuaca dan tahap tersumbat," kata beliau sambil menambah bahawa terdapat satu timbunan besar serpihan di Kg. Kimolohing di muara gunung.

Kerajaan negeri meminta bantuan tentera untuk mempercepatkan penyingkiran sisa, pihak berkuasa juga bimbang dengan lebih lumpur akan runtuh.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang telah diberi taklimat tentang keadaan dan masalah-masalah lain termasuk masalah kekurangan air yang teruk di Ranau, berkata usaha sedang dibuat untuk menghantar air ke kampung-kampung yang terlibat.

Walaupun bekalan tangki air dari tentera, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan telah tiba di pekan Ranau, bekalan masih belum mencukupi untuk penduduk di daerah ini.

Minggu lepas, kira-kira 40,000 katon air botol didermakan oleh orang ramai dari seluruh Sabah telah dihantar ke Ranau.

Banyak kedai di Kota Kinabalu kehabisan air botol membeli secara pukal untuk didermakan kepada mangsa-mangsa di Ranau.

Kira-kira 700 orang, kebanyakannya dari Kg. Mesilau, Kundasang, iaitu di kaki Gunung Kinabalu kekal di pusat pemindahan di tengah-tengah kebimbangan tanah runtuh yang berlaku di kawasan itu selepas sebuah rumah telah musnah semasa gelinciran tanah.



Dan Dia memacakkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.

Surah An-Nahl: 15

Terjemahan daripada: The Star Online