RANAU: Sabah sedang berusaha sepanjang masa untuk membuang bertan-tan serpihan, pokok tumbang dan batu yang menyebabkan dua tempat utama pengambilan air di Sungai Liwagu tersumbat.
Halangan itu menyebabkan penutupan loji rawatan air buat sementara waktu di randau, di mana di kawasan tersebut mempunyai kepadatan penduduk seramai 100,000 orang.
Jurutera Jabatan Air Ranau, Anthony Jullah berkata mereka masih menilai keadaan itu dan berharap pembersihan pada salah satu tempat dapat dilakukan dalam usaha mengurangkan krisis air di Daerah Ranau.
Jurutera kerajaan dan kontraktor swasta sedang mengkaji cara yang paling cepat untuk membersihkan ribuan pokok yang tumbang dan batu-batuan di kedua-dua tempat sejak Selasa lalu, 16 Jun.
Tugas ini menjadi lebih mencabar disebabkan cuaca buruk yang melanda mengakibatkan lumpur runtuh di sepanjang lereng gunung beserta arus sungai yang kuat.
"Fokus kami adalah untuk membaik pulih kawasan Kg. Bambagan," kata Anthony.
"Saya tidak boleh memberikan tarikh akhir jangka masa Sungai Liwagu dibersihkan, tetapi kami akan cuba sekurang-kurangnya 60% air terhasil."
"Ia benar-benar bergantung kepada cuaca dan tahap tersumbat," kata beliau sambil menambah bahawa terdapat satu timbunan besar serpihan di Kg. Kimolohing di muara gunung.
Kerajaan negeri meminta bantuan tentera untuk mempercepatkan penyingkiran sisa, pihak berkuasa juga bimbang dengan lebih lumpur akan runtuh.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang telah diberi taklimat tentang keadaan dan masalah-masalah lain termasuk masalah kekurangan air yang teruk di Ranau, berkata usaha sedang dibuat untuk menghantar air ke kampung-kampung yang terlibat.
Walaupun bekalan tangki air dari tentera, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan telah tiba di pekan Ranau, bekalan masih belum mencukupi untuk penduduk di daerah ini.
Minggu lepas, kira-kira 40,000 katon air botol didermakan oleh orang ramai dari seluruh Sabah telah dihantar ke Ranau.
Banyak kedai di Kota Kinabalu kehabisan air botol membeli secara pukal untuk didermakan kepada mangsa-mangsa di Ranau.
Kira-kira 700 orang, kebanyakannya dari Kg. Mesilau, Kundasang, iaitu di kaki Gunung Kinabalu kekal di pusat pemindahan di tengah-tengah kebimbangan tanah runtuh yang berlaku di kawasan itu selepas sebuah rumah telah musnah semasa gelinciran tanah.
Dan Dia memacakkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.
Surah An-Nahl: 15
No comments:
Post a Comment