TELEFON BERETIKA: Fairphone 2 boleh didapati untuk pra pesanan musim panas ini untuk 525 €. |
Syarikat Fairphone dari Belanda telah memperkenalkan sebahagiann modular yang baru, iaitu telefon pintar beretika, yang menjamin pengesanan semua komponennya. Ia boleh didapati dengan harga €525 (RM2,221) bermula pada musim panas ini.
4G baru, telefon pintar dua SIM ini menawarkan pelbagai peningkatan berbanding Fairphone yang pertama.
Beroperasi di bawah Android Lollipop (5.1), telefon ini kini dilengkapi dengan paparan penuh HD5in, Snapdragon 801 platform Qualcomm, kamera 8 MP, 2GB RAM dan 32GB internal storage.
Perbezaan utama dengan telefon pintar mewah lain adalah komposisi modular yang membolehkan untuk pengguna membaikinya dengan lebih mudah terutama pada skrin, kamera, pembesar suara dan mikrofon, dengan itu membolehkan jangka hayat lebih panjang.
Untuk telefon pintar terbarunya, Fairphone kebanyakannya telah menggunakan mineral- bebas konflik, seperti bijih timah dan tantalum[1] dari Congo, yang selama ini memperbaiki program pengumpulan e-sisa[2] di Ghana.
Fairphone adalah koperasi Belanda yang menjuarai perdagangan yang adil dan melangkah jauh untuk menghindari penggunaan bahan-bahan yang dijual daripada kumpulan bersenjata.
Pre-order terawal Fairphone 2 hanya boleh didapati di Eropah untuk €525 (RM2,221), akan bermula sepanjang musim panas.
Dilancarkan pada 2013, Fairphone menetapkan prinsip pembuatan dengan mengambil kira kesan kemudaratan yang paling minima terhadap persekitaran, rantaian bekalan yang mampan untuk mengkomersilkan produk yang adil, satu konsep yang telah memenangi kepercayaan lebih daripada 60,000 orang.
[1] A chemical element with symbol Ta and atomic number 73.
[2] E-Waste also known as electrical and electronic waste. As a party to the Basel Convention and under the Guidelines for the Classification of Used Electrical and Electronic Equipment in Malaysia (2008), the country does not import e-waste, although second-hand electronic equipment may be imported. The country only exports e-waste if recovery facilities that address any deficiencies of local facilities are available overseas, and only after being subject to a case-by-case review system. In Malaysia, e-waste is managed by the private sector (although overseen by the Department of Environment). An auctioning system contracts e-waste management to groups such as Dell, whose Community Collection Programme works with municipal councils in waste collection. -UNEP
Translated by,
Nazatul Shima Masri
Bachelor of Environmental Management
Universiti Putra Malaysia
Terjemahan daripada: The Star Online
No comments:
Post a Comment