Thursday, 18 June 2015

Dua dalam Satu

Final exam. Ramadhan.

Alhamdulillah dapat saya bertemu kedua-dua event terpenting dalam hidup saya pada tahun ini, 2015 Masihi @ 1436 Hijrah. Semasa saya menaip ( ^_^ ) entri ini, saya menghadapi peperiksaan akhir semester bagi paper yang pertama pada hari pertama puasa.

Sebut tentang exam, pengajian, akademik.. sedang saya mengulangkaji kursus SKP2204 Hubungan Etnik, tiba-tiba ada satu ayat yang menarik perhatian saya; 

Ajaran Konfusius menekankan kepentingan pendidikan.
Kepercayaan yang dipegang ialah hanya menerusi pendidikan dan harta mereka mampu mengubah nasib dan status ke tahap yang lebih baik.

-Confucius-


Modul Hubungan Etnik ms 196
Pada amatan saya, jika beginilah sikap dan ikutan kebanyakan pengikut ajaran Konfusius yang ramai dalam kalangan orang Cina, tidak mustahil jika kita lihat hari ini mereka sedang menjuarai ekonomi global diikuti pendidikan mereka yang dilihat ketara di negara Malaysia.

Namun, satu perkara yang menyedarkan saya ialah ISLAM terlebih dahulu mendahului soal pendidikan dan harta. (tetapi saya akan sebut hal pendidikan sahaja). Hal ini kerana, cahaya Islam hadir lebih awal berbanding falsafah ciptaan manusia di atas. Nabi Muhammad SAW hadir membawa sinar kepada umat Islam dengan bait-bait pesanan, azab, pujukan dan pengharapan.


Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.

-Sabda Nabi-

Jika mereka (bukan Islam) merasakan pendidikan dan harta perlu dikuasai demi nasib dan status adalah motivasi terbaik dan tertinggi yang mereka amat patuhi dan turuti, maka orang Islam sepatutnya merasakan yang kita lebih tinggi darjatnya. Bukan sahaja jalan ke syurga yang bakal dimiliki, bahkan darjat di sisi Tuhannya dan boleh jadi seisi dunia mampu ditakluki hanya dengan ilmu di dada. Tetapi dengan SYARAT, beramal dengan Islam dan niat hanya kerana Allah.. kerana mahu mencapai redhaNya.

Darjat seorang alim (orang yang berilmu) lebih tinggi
berbanding seorang abid (orang yang asyik beribadah).

-Analisa ayat sang hukama-

Susunan perancangan khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan khas buat perempuan
Gambar pink yang cute lagi menarik di atas ini ialah susunan rancangan bagaimana mahu khatamkan Al-Quran untuk sebulan Ramadhan exclusively for girls and women. Amat baik dan digalakkan mempunyai cita-cita yang sebegini. Masa keemasan dan yang paling berlian untuk beramal ibadah gear tahap lima. (-.-)" Ini menjadi satu titik tolak dan ujian buat kita terus beramal ibadah sesudahnya Ramadhan kelak. InsyaAllah.

Akhir kata, selamat menghadapi peperiksaaan akhir semester buat NAZATUL SHIMA BINTI MASRI, salam Ramadhan buat awak. Mumtaz for ummah, okay! Biidznillah. Wallahua'lam. Wassalamu'alaikum w.b.t   :)


No comments:

Post a Comment