Friday, 19 June 2015

Menteri Perancis: Nutella Menyebarkan 'Kerosakan Persekitaran'


null
Ms Royal memberitahu rangkaian televisyen Perancis penyebaran itu menyumbang kepada penebangan hutan.

Menteri Ekologi Perancis Ms Ségolène Royal menggesa orang ramai untuk berhenti memakan Nutella kerana ia dibuat dengan minyak kelapa sawit yang merosakan alam sekitar.


Ms Royal berkata penyebaran coklat hazelnut menyumbang kepada penebangan hutan kerana telah menggantikan pokok kelapa sawit. Coklat Itali Ferrero yang memiliki Nutella, diakatakan telah memberi komitmen terhadap sumber minyak sawit dengan cara yang paling bertanggungjawab.

Senator Perancis cuba untuk mengenakan cukai 300% ke atas minyak sawit pada tahun 2011 tetapi tidak berjaya. Mereka berhujah bahawa minyak adalah berbahaya kerana boleh menggemukkan dan penanaman yang menganiaya alam sekitar.

'Penebangan hutan besar-besaran'


Pada hari Selasa, Ms Royal berkata, "Nutella hendaklah dibuat daripada 'bahan-bahan lain'. Kita perlu menanam semula banyak pokok kerana ada penebangan hutan besar yang juga membawa kepada pemanasan global. Kita perlu berhenti makan Nutella, sebagai contoh, kerana ia dibuat dengan minyak sawit," katanya dalam satu temubual dengan rangkaian televisyen Perancis Canal +.


Ferrero mendapat hampir 80% daripada minyak sawit dari Malaysia, menurut agensi berita AFP. Bekalan selebihnya berasal dari Brazil, Indonesia dan Papua New Guinea. The Italian group berkata ia sedar akan kepentingan keterlibatan alam sekitar.

Pada bulan Februari tahun ini, ia mengumumkan bahawa semua produknya dihasilkan dengan minyak buah kelapa yang 100% disahkan mampan (lihat: sustain) mengikut bekalan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO).

Nutella
Ferrero Rocher

Tidak cukup ampuh kenyataan beliau, Ms Royal. Sayang sekali bagi penggemar coklat Nutella dan Ferrero Rocher. Dikatakan bahawa penggunaan bahan utama penghasilan coklat-coklat ini daripada minyak kelapa sawit menyebabkan berlakunya banyak tanah hutan ditebang demi menanam pokok kelapa sawit. Lalu disebut pula pengganti minyak kelapa sawit kepada minyak kelapa. Persoalannya, apakah tidak beliau sedari bahawa kedua-dua jenis tumbuhan ini lebih 90% didapati dari negara-negara tropika, iaitu yang beriklim khatulistiwa seperti Malaysia (negara yang menghampiri garisan khatulistiwa), Indonesia, Brazil dan lain-lain? Kedua-dua bahan ini majoritinya diimport ke negara Perancis. Bukan saya mempersenda perbicaraan isu alam sekitar tersebut. Cuma intipati bahan coklat yang disebut agak menarik perhatian saya untuk berfikir lebih kritikal. Jadi apakah bezanya, tiada perubahan yang ketara bagi kedua-dua sumber yang didapatkan.


countries on the equator map

Walau bagaimanapun, tahniah saya ucapkan kepada RSPO yang meneliti lanjut penggantian bahan yang lebih mampan demi kemaslahatan alam sekitar, iaitu minyak kelapa yang bakal menjadikan permintaan semakin meningkat. Terfikir juga saya pada awalnya, bahan apakah yang akan menggantikan minyak kelapa sawit tersebut. Adakah minyak haiwan? Oh tidak! Mujur minyak tumbuhan masih menjadi pilihan. Alhamdulillah.

Berkenaan Nutella yang diminta untuk berhenti daripada memakannya, apa yang saya boleh nasihatkan ialah; anda boleh cari sebarang bentuk makanan lain yang lebih murah (berbanding Nutella yang harganya mahal), lebih berkhasiat, dan boleh saja makanan sunnah dijadikan pilihan utama seperti kismis, madu, kurma dan lain-lain yang mana Rasulullah S.A.W pun menggemarkannya. Sunnah Rasululullah katakan..! :)

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Surah Al-Baqarah : 168


Terjemahan daripada: BBC News

No comments:

Post a Comment