Facebook dan Google, ia tidak cukup untuk komputer mengenali imej (recognize images) ... mereka perlu mewujudkan imej juga. Kedua-dua syarikat berteknologi itu baru sahaja menunjukkan rangkaian neural (neural networks)[1] yang secara automatik menjana gambar berdasarkan pemahaman mereka seperti tentang apa objek kelihatan. Pendekatan Facebook menggunakan dua daripada rangkaian ini untuk menghasilkan imej halus thumbnail[2]. Teknik ini adalah sama seperti apa yang pernah anda alami jika anda belajar melukis dari pengkritik yang kasar (terutamanya yang tidak berani). Algorithm pertama mencipta gambar berdasarkan vektor[3] rawak, manakala kedua periksa untuk objek yang realistik dan membuang gambar yang mempunyai pandangan palsu; dari masa ke masa, anda ditinggalkan dengan keputusan yang paling meyakinkan. Hasil semasa berjaya membuatkan 40% pemerhati tertipu daripada gambar yang dilihat, dan ada kemungkinan bahawa mereka akan menjadi lebih realistik dengan kehalusan seterusnya.
Google pula cenderung dengan perkara yang sebaliknya. Daripada berusaha untuk realisme, ia menghasilkan seni dengan membiarkan rangkaian neural menjalar liar dan menentukan elemen-elemen visual yang ia mahu tekankan. Jika anda memberikan gambar langit kepada mesin dan yang difikirkannya ialah burung di dalam pemandangan tersebut, ia akan terus menguatkan sifat-sifat burung sehingga tiada satu pun sifat burung yang tertinggal. Kerja-kerja akhir agak leceh sedikit, terutamanya jika anda memberikan secara rawak sebagai bahan sumber - seperti yang anda lihat di atas, hasilnya amat menarik perhatian dan sudah pasti pelukis menantikan wang yang bakal mereka perolehi. Anda mungkin tidak melihat program Facebook dan Google menggantikan artis dan jurugambar manusia sebenar, tetapi mereka sangat mahir untuk melukis imej yang sangat menarik.
Manusia
Sungguh manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Dikurniakan akal fikiran untuk membezakan antara yang hak dan batil (benar dan salah). Oleh itu, manusia diciptakan untuk menjadi khalifah dan sebagai hamba Allah di muka bumi. Apa yang mengangumkan saya ialah oleh kerana manusia dianugerahkan akal, maka hari ini kita lihat banyak tugas dilakukan manusia telah banyak diambil alih oleh teknologi ciptaan manusia sendiri. Namun, seperkara yang membezakan manusia yang mensyukuri anugerah akal ini ialah sejauh mana seseorang itu mendatangkan manfaat setiap perkara yang dilakukan kepada umat dan adakah ia mengembalikan segalanya kepada Allah kerana ilham itu didatangkan oleh Allah S.W.T?
... . Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengethaui, lagi Maha Teliti.
Surah Al-Hujurat: 13
[2] Lakaran kenit, imej kecil, lakaran kecil.
[3] Vector graphics is the use of geometrical primitives such as points, lines, curves, and shapes or polygons; all which are based on mathematical expressions to represent images in computer graphics. Vector graphics are based on vectors (also called paths) that has magnitude and direction.
Terjemahan daripada: Engadget
No comments:
Post a Comment