Ringkasan Dive:
- Satu kajian dalam jurnal PNAS[1] telah mendapati bahawa pendedahan yang ketara kepada kawasan hijau boleh membawa kepada kenaikan 5% dalam pembangunan memori kerja kanak-kanak dan penurunan 1% dalam ketidak perhatian.
- Hasil kajian mempunyai pengaruh yang luas untuk sekolah-sekolah dan memberi insentif kepada pembentukan kawasan hijau di sekolah.
- Penyelidik menumpukan perhatian terhadap 2593 kanak-kanak sekolah rendah dari 7 hingga 10 tahun di Barcelona, dan mendapati hubungan antara orang yang menghabiskan masa yang banyak di sekitar kawasan hijau dan berlaku penurunan ketidak perhatian (fokus meningkat) dan membaik pulih memori bekerja.
Gambar sekadar hiasan.
Dive Insight:
Walaupun terdapat kajian sebelum ini yang menghubungkan kawasan hijau untuk kesihatan mental dan fizikal, Time[2] melaporkan bahawa ini adalah yang pertama yang menunjukkan kepada pembangunan otak.
Hijau
Gambar sekadar hiasan.
Tahukah anda bahawa terdapat ayat yang menyebut warna hijau di dalam Al-Quran? Menariknya, warna ini terdapat di dalam syurga. Subhanallah, Maha Suci Allah. Semoga lebih banyak hikmah dijumpai berkenaan warna hijau ini, biidznillah.
Dan apabila engkau melihat (keadaan) di sana (syurga), nescaya engkau akan melihat pelbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar.
Mereka berpakaian sutera hijau yang halus dan sutera tebal serta memakai gelang yang diperbuat daripada perak dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman bersih (dan suci).
Surah Al-Insan: 20-21
[1] Proceedings of the National Academy of Sciences
[2] The Time (Current & Breaking News)
Terjemahan daripada: Education Dive
No comments:
Post a Comment